Wednesday, February 1, 2012

SOALAN SENI VISUAL STPM 970/3 (2012) -PROJEK PENGHASILAN KARYA

PENGKARYAAN

1. Hasilkan sebuah karya catan yang bertemakan “Kemelut”. Hasil karya anda hendaklah menggunakan media berasaskan minyak atau air di atas permukaan yang sesuai. Hasil karya hendaklah bersaiz 40 cm × 60 cm. Penekanan karya hendaklah menunjukkan nilai makna, kreativiti, dan artistik.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
• gambar langkah-langkah proses semasa berkarya

Nota:
Semua proses semasa penghasilan karya perlu didokumentasikan mengikut
urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan



2. Hasilkan sebuah model arca yang bertemakan “Keharmonian pelbagai kaum di Malaysia” bertujuan untuk dijadikan arca awam di suatu lokasi yang sesuai. Model hendaklah berukuran tidak melebihi 25 cm panjang × 25 cm lebar × 40 cm tinggi.
Pemilihan bahan hendaklah bersesuaian dengan pembinaan sebuah model arca. Penekanan hendaklah menunjukkan nilai makna, kreativiti, dan artistik.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema dan kesesuaian lokasi
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat

Nota: Semua proses semasa penghasilan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• kesesuaian pemilihan bahan, media, dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan/keteguhan/persembahan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.




PEREKAAN

3 Hasilkan sebuah komik kepahlawanan bertajuk “Pembalasan”. Karya anda hendaklah
menitikberatkan disiplin reka bentuk sebuah komik.
Ukuran komik hendaklah bersaiz 29.5 cm tinggi dan 21 cm lebar yang mengandungi lapan
muka surat.

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi aspek yang berikut:
• permasalahan
• kajian dan lakaran watak
• kajian latar belakang, belon dialog, dan petak komik
• skrip dan lakaran papan cerita berdasarkan kotak komik
• lakaran komik sebenar
• senarai peralatan yang digunakan
• rujukan dan sumber maklumat
• gambar langkah-langkah proses semasa berkarya
Nota: Semua proses semasa penghasilan karya perlu didokumentasikan mengikut
urutan.

Hasil rekaan hendaklah menunjukkan sebuah komik dalam bentuk sebuah buku berdasarkan
tajuk di atas.

Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek yang berikut:
• kemahiran penggunaan bahan dan teknik
• disiplin reka bentuk komik dan aplikasi bahasa seni visual
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan
Nota: Reka bentuk komik boleh menggunakan perisian komputer grafik. Namun
demikian, ia boleh digunakan bagi menghasilkan karya akhir sahaja dan calon
hendaklah menyatakan perisian yang digunakan. Penggunaan clip art dilarang
sama sekali.



4 Hasilkan sebuah reka bentuk model “Personal Digital Assistant (PDA)” untuk tujuan pengiklanan. Hasil reka bentuk model anda hendaklah berukuran tidak lebih 20 cm panjang × 5 cm lebar × 30 cm tinggi atau 30 cm panjang × 5 cm lebar × 20 cm tinggi.
Model tersebut hendaklah lengkap dengan ciri-ciri sebenar sebuah PDA. Pemilihan bahan
hendaklah bersesuaian (ringan dan kukuh) untuk menghasilkan model berkaitan.

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
• permasalahan reka bentuk
• kajian maklumat
• kajian ergonomik
• lakaran dan lukisan konsep
• lukisan bentangan berskala
• lukisan terperinci berskala
• lukisan pemasangan
• lukisan lepaan (rendering)
• senarai bahan dan komponen model
• rujukan dan sumber maklumat

Nota:
Semua proses semasa penghasilan karya perlu didokumentasikan mengikut
urutan.

Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
• reka bentuk dan fungsi
• kreativiti, estetik, dan inovasi
• keaslian
• praktikaliti
• kemasan/keteguhan/persembahan

No comments:

Post a Comment