Monday, July 19, 2010

Bahagian A

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1.(a) Jelaskan pengertian Seni Visual

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………[2]

(b) Nyatakan 3 peranan seni visual dari aspek sosiologi.

(i) ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

(ii) ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

(iii) ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..[9]


2. Berikan tiga contoh nama karya dan pelukisnya bagi penghasilan karya yang
bersumber-ideakan pengalaman pengkarya (karya Koleksi Balai Seni Lukis Negara)

(i) ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

(ii) …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

(iii) …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….[9]

3(a) Nyatakan tiga ciri persembahan komunikasi visual yang baik bagi sesebuah papan tanda.

(i) ………………………………………………………………………………………….

(ii) ………………………………………………………………………………………….

(iii) ………………………………………………………………………………………….[6]



(b) Jelaskan 3 jenis media yang digunakan dalam menyampaikan komunikasi visual.

(i) ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(iii) ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………[9]

4(a) Jelaskan pengertian pribumi

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………[2]

(b) Apakah maksud kraf dimensi baru

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………[3]

5(a) Nyatakan dua jenis pendekatan bagi menyampaikan kritikan seni kepada audien.


(i) ……………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………[4]

6. Jelaskan aspek-aspek komposisi dalam membuat kritikan seni visual.

(i) ……………………………………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………………………………

(iii) ……………………………………………………………………………………………………………[6]

970/1

Bahagian B


Jawab dua soalan dalam bahagian ini.

7. Terangkan peranan penaung, pengamal, pencinta dan pengkritik dalam memperkembangkan seni visual.
[ 15 ]


8. Huraikan 5 jenis sumber idea yang penting bagi menghasilkan karya seni yang bermutu.
[ 15 ]


9. Jelaskan kebaikan-kebaikan kempen barangan melalui komunikasi visual media elektronik.
[ 15 ]


10. Jelaskan aspek-aspek yang terlibat dalam transformasi kraf anyaman tradisional ke kraf dimensi baru.
[ 15 ]

Bahagian C

11. Berdasarkan karya “Rimba”, oleh Anthony Lau, 1960 pada halaman 4 (Gambar 1).

(a) Jelaskan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang digunakan.

(b) Huraikan mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya.
[ 15 ]


12 Berdasarkan reka bentuk kerusi, pada halaman 4 (Gambar 2). Jelaskan tentang reka bentuk, fungsi, kestabilan dan kekukuhan dalam karya tersebut.
[ 55 ]



Gambar 1 untuk soalan 11




Gambar 2 untuk soalan 12










SKIMA
Bahagian A

1. (a)Jelaskan pengertian Seni Visual

Penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek seperti ; penyataan diri (self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, Komunikasi Visual, bahasa seni visual, Isi/Mesej, Imej, Form, Content, Benda-subjek, Objek berfungsi/kegunaan, Nilai Estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka, dan berbagai aspek lain bagi membentuk kefahaman seni visual.

- Penghasilan seni yang kreatif berbentuk 2D atau 3D.
- Penyataan diri melalui karya seni visual.
- Penghasilan kreatif yang mempunyai tema/ mesej/ makna.
[ 1 isi : 1 markah (fakta)]
[ 2 isi X 1 markah : 2 markah]

(b)Nyatakan 3 peranan seni visual dari aspek sosiologi.

i. Membentuk semangat Nasionalisme.
falsafah, pemikiran, manifestasi, idea individu/kumpulan dalam menyebar dan
membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni visual.

ii. Membina Persekitaran yang selesa.
Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni
visual.

ii. Agen Propaganda yang positif.
Seni visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyibur idea, hasrat
atau kepercayaan.

iv. Menceriakan amalan Ritual & Upacara.
Seni visual dalam melaksanakan ritual dan upacara sesuatu budaya.

v. Membina Spiritual/ Rohaniah yang tenteram.
Seni visual untuk ketenangan. Kepuasan dan keselesaan.

vi. Pengeluaran produk untuk masyarakat.
Hasil seni visual berasaskan kepada faktor citarasa, trend, function dan
purpose.

vii. Agen Pemujukan dan promosi .
Hasil seni visual berkeupayaan, dalam membentuk empati dan tarikan


( 1 isi : 3 markah (2 fakta, 1 huraian))
(3 isi : 9 markah)




2. Berikan tiga contoh nama karya dan pelukisnya bagi penghasilan karya yang
bersumber-ideakan pengalaman pengkarya.

Nama Karya (Fakta) Nama Pelukis (Huraian)
‘Kapal kertas’, ‘Membakar semut’ Zulkifle Buyong
‘Pagi Hari di kampung’ Lai Fong Moi
Potrait of My Wife in Wedding Dress O Don Peris
Pantai Timur Khalil Ibrahim
Musim Buah Chuah Thean Teng
Merdeka Syed Thajudeen
Wayang Kulit Kelantan Nik Zainal Abidin

( 1 isi : 3 markah (2 fakta, 1 huraian))
(3 isi : 9 markah)

3.(a) Nyatakan tiga ciri persembahan komunikasi visual yang baik bagi sesebuah papan tanda jalan.

i. Mukataip yang mudah dibaca/ susun mukataip yang seimbang/ tidak mengelirukan
audien/Pemilihan huruf yang menarik/Tipografi yang berjelas dan berwarna.

ii. Warna yang menarik perhatian/Warna ada penegasan/ warna flourensence/warna
mesra audien.

iii. Lokasi yang strategi/Mudah dipandang atau dilihat/Disimpang tiga/dibulatan

iv. Reka bentuk yang menarik/mesra pengguna dan alam sekitar/ Rekabentuk yang
pelbagai gaya. Warna dan tipografi yang sesuai dengan reka bentuk.

[ 1 isi : 2 markah (fakta dan huraian)]
[ 3 isi X 2 markah : 6 markah]

B. Jelaskan 3 media yang digunakan dalam komunikasi visual.

i. Media Konvensional seperti dibuat secara manual dengan berus cat dan peralatan teknikal contohnya, poster, kain rentang, billboard, bidai kedai,

ii. Media Cetak seperti poster printing,brosur, iklan majalah dan akhbar.

iii. Media Elektronik.contohnya billboard elektronik, internet, CD-rom, CD interaktif, animasi, multimedia,

( 1 isi : 3 markah ( 2 fakta, 1 contoh))
(3 isi : 9 markah)


4.(a) Jelaskan pengertian Pribumi.

Pribumi, merujuk kepada sesuatu sifat atau ciri kepunyaan sesuatu bangsa yang mendiami sesuatu tempat asalnya
[ 1 isi : 1 markah (fakta)]
[ 2 isi X 1 markah : 2 markah]


(b) Apakah maksud kraf dimensi baru

Bermaksud kraf tradisi yang diperbaharui dari segi penggunaan reka bentuk, bahan, teknik, fungsi dan nilainya demi memenuhi tuntutan semasa.

[ 1 isi : 2 markah (fakta)]
[ 2 isi X 2 markah : 4 markah]


5.Nyatakan dua jenis pendekatan dalam menyampaikan kritikan seni visual.

(a)Jurnalistik.
Laporan, penerangan dan penulisan diskriptif (seperti pameran seni di galeri) yang disiarkan dalam surat khabar atau majalah, radio dan televisyen untuk bacaan umum.


(b)Ilmiah
Penulisan terperinci dan in-depth dibuat secara interpretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah, laporan dalam seminar dan konference.

[ 1 isi : 2 markah (fakta)]
[2 isi : 4 markah]



6.Nyatakan aspek-aspek komposisi dalam membuat kritikan seni visual

(i)Mengenal pasti Prinsip Seni dan Unsur Seni) yang terdapat dalam setiap karya seni
visual.
(ii) Mengkaji penggunaan media dan bahan yang digunakan.
(iii)Memahami teknik yang digunakan dalam penghasilan karya.

[ 1 isi : 2 markah (fakta)]
[3 isi : 6 markah]

Bahagian B

7. Terangkan peranan penaung, pengamal, pencinta dan pengkritik dalam memperkembangkan seni visual.


Penaung Mengadakan dan membuat promosi pameran.
Menyediakan tapak dan lokasi pameran
Balai Seni lukis negara
Art Galeri :G/Petronas, G/Shah Alam, G/Nanyang


Pengamal Mencari idea bagi penghasilan SV yang kreatif dan berkualiti.
Menentukan bahan dan teknik yang sesuai bagi karya SV.
Menghasilkan SV yang baik dan diterima ramai.
Menerima kritikan bagi peningkatan kualiti SV. Syed Ahmad Jamal :Catan/Arca
Anthony Lau :arca
Abdullah Arif :Catan
Dr. Ham Rabeah :Tembikar.
Pn. Mohaine Khalid :Seni Logam
Ismail zain :Cetakan komputer
Ismail Hashim : Seni Fotografi
Raja Zahabudin R. Yaacub : fotografi


Pencinta & Pengkritik Melihat seni dari perspektif seni visual.
Menilai seni secara pro dan kontra.
Mengkritik bagi penambahbaikan karya tersebut.
Menentukan nilai seni ( degree of art) bagi sesuatu karya seni.
Dr. Tamyes,
Dr. Mulyadi Mahmod]
Dr. Dzul Helmi
Dr. Zulkifly (Rekacipta/Bentuk)






8.Huraikan 5 jenis sumber idea yang penting bagi menghasilkan karya seni yang bermutu.

(i) Homages – dorongan dari semangat menghargai tuan/ pendewaan/ idola/ ikononogi. Contoh : ‘ Kelahiran Indreputra, Anuar Rashid / ‘Alif, Ba, Ta : Ahmad Khalid Yusof / ‘Tauhid : Sulaiman Isa / ‘Keagungan Tuhan oelh Raja Zahabudin Bin Raja Yaacub / Khaligrafi Kubah oleh Siti Zainon Ismail / ‘Bujang Berani oleh Bayu Utomo Radjikin.

(iii) Media massa – zaman maklumat, e.g McLuhan “ medium is a message”. Seni propaganda. Contoh ‘Pemajuan’, ‘Hebat juga! Pemandangan Jambatan Pulau Pinang oleh Ismail Hashim

(iii) Pemerhatian – persepsi dan ilusi, alam benda Contoh ‘Umpan’, ‘Sireh Pinang’ Oleh Syed Ahmad Jamal.

(iv) Persekitaran – alam semulajadi dan alam buatan, e.g landskap . Contoh ‘Rumah panjang Dayak’, ‘Pagi hari di kampung’ oleh Lai Foong Moi / ‘Sawah padi oleh Yeoh Jin Leng /

(v) Peristiwa – mitos, sejarah, semasa, exotic ‘Bumi yang bahagia, Kebun Kelapa oleh Abdullah Arif, Pejuangan yang terakhir oleh Ismail Mustam/ ‘Musim buah oleh Chuah Thean Teng / ‘Pantai Timur oleh Khalil Ibrahim/ Mangsa dera oleh Bayu Utomo radjikin

(vi) Imaginasi – alam pribadi, idiosyncracy, mistik, eccentricity Contoh ‘Hubungan’ Oleh Syed Ahmad Jamal. Yati Oleh Mazeli Mat Som, Bapaku dan Angkawan oleh Ibrahim Hussein

(vii) Pengalaman – kesan sensitiviti terhadap apa yang dialaminya sama ada dari persekitaran diri mahu pun alam sekeliling. Dinukil dan dihidupkan dengan kesedaran baru tentang ciri masyarakat. Contoh / ‘Kapal kertas’, ‘Membakar Semut’ Oleh Zulkifli Buyung.


(viii) Imbauan (reflection) – mimpi, ingatan lampau – pahit, manis contoh : ‘memories of Dungun’, Joseph Tan, ‘Siri Dungun’, Ruzaika Omar



9.Jelaskan kebaikan-kebaikan kempen barangan melalui komunikasi visual media elektronik.
(i) Lebih maklumat
- Banyak maklumat yang dapat disampaikan.
- Maklumat terkini
-
(ii) Gambar berwarna dan bergrafik.
- Gambar menarik perhatian.
- Gambar lebih jelas untuk kefahaman pengguna.
-
(ix) Mesej lebih cepat disampaikan kepada pengguna.
- Pengguna lebih cepat mengetahui sesuatu produk baru.
- Pengguna dapat membandingkan sesuatu poduk dengan jelas.
-
(x) Menarik perhatian
- Lebih grafik, animasi, tipografi yang bergerak-gerak.
- Persembahan yang menarik minat pengguna untuk mengetahui sesuatu.
-
(xi) Pesanan yang segera secara elektronik.
- Sistem eletronik memudahkan pengguna memesan sesuatu produk dengan dengan
cepat dan jelas.
- Kos pesanan yang menjimatkan keranan pesanan terus kepada pembekal.
-
(xii) Kos promosi yang lebih competetif.
- Kos promosi lebih murah dan berkesan kerana promosi terus kepada pengguna
-

10. Jelaskan aspek-aspek yang terlibat dalam transformasi kraf anyaman tradisional ke kraf dimensi baru.

Pengenalan/ Penutup
- Konsep transformasi membawa implikasi menghidupkan bentuk dalam rupa dan persembahan baru.
- Tradisi adalah satu daya pemuliharaan (conservative force). Yang lahir ialah transformasi yang kadang kala begitu drastic hingga mengubah langsung konfigurasi lama untuk muncul sebagai satu tradisi yang baru.
- Di samping itu ia juga tunduk dan responsif kepada tuntutan serta reorientasi yang mengalih / menginjak persekitaran fizikal, sosial dan psikologi manusia yang menekannya.
- Keupayaan proses begini dijamin terus oleh jalinan kesinambungan dan pembaharuan hayat (renewal).
- Kesinambungan tradisi mengaitkan yang sekarang dengan yang lampau mengubah dan memperbaharui, dan bertindak bagi memberi definisi proses evolusi yang menjamin kesegaran seni serta menentukan identiti setiap segmen sejarahnya.

Reka Bentuk :
– penggubahan bentuk kepada bentuk tulin


(ii) Makna/ Nilai :
– dari maksud pengekalan (immutable essence) kepada idea perubahan yang membawa orientasi nilai berbeza.
– Memenuhi tuntutan semasa yang ingin kelainan.
– Perubahan nilai seni dahulu dan sekarang berbeza.


(iii) Fungsi :
– kefungsian kepada objek estetik
– Barangan kraf tangan moden seperti ,alas cawan, beg tangan, selipar, terendak lampu,
– Barangan cendremata seperti

(iv) Proses penghasilan :
- Dari manual kepada penggunaan mesin, teknologi
- Penggunaan mesin lebih cepat dan tepat.
- Dapat dihasilkan dengan banyak dan pelbagai.
- Dapat memenuhi keperluan pasaran dengan segera.

(v) Bahan :
- Menggunakan bahan yang lebih murah. Seperti plastik, fiber, jerami, bahan
sintatik
- Mudah diperolihi
- Lebih tahan dan berkualiti


Bahagian C

11. Berdasarkan karya “Rimba”, oleh Anthony Lau, 1960 pada halaman 4 (Gambar 1).


(a). Jelaskan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang digunakan.
- USSR
- Garisan – besi/rod yang digunakan
- Jalinan - gabungan batang-batang besi yang dikimpalkan.
- Ruang - wujud diantara batang besi yang dijalinkan
- Warna - warna asal besi –kehitaman
- Bentuk yang konkrit –gabungan batang besi mengwujudkan bentuk 3D.
-
-
-
- Prinsip rekaan
- Harmoni – jalinan besi diantara satu sama lain.
- Imbangan – boleh didirikan kerana ada imbangan simetri.
- Pergerakan yang wujud dari bawah ke atas atau sebaliknya



(b). Huraikan mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya.

- Menjelaskan kehidupan dalam hutan rimba.
- Konsep ‘enau melepaskan pucuknya’ yang menyatakan sikap mementingkan diri.
- Hubungan antara satu sama lain dalam kehidupan di hutan rimba.


12. Berdasarkan reka bentuk kerusi, pada halaman 4 (Gambar 2). Jelaskan tentang reka bentuk, fungsi, kestabilan dan kekukuhan dalam karya tersebut.


Reka Bentuk :

i. Bercirikan futuristik dan moden.
ii. Ergonomik dan mesra pengguna (bentuk mengikut punggung dan tempat lengan)
iii. Ringkas dan menarik.
iv. Ruang udara : mengelakandan mnegurangkan rimas/ panas pada belakang/pinggang.
v. Kekemasan yang tinggi pada tempat duduk dan tiang kerusi.
vi. Rekabentuk yang bercirikan keselematan yang tinggi kerana bentuk yang beroganik.

Fungsi : Sebagai tempat duduk

i. Kerusi mesyuarat
ii. Kerusi eklusif
iii. Kerusi restoran moden
iv. Kerusi temuduga
v. Kerusi Seminar/Forum
vi.


Ketahanan :

i. Tempat duduk menggunakan bahan plywood/papan lapis yang berkualiti.
ii. Kaki kerusi menggunakan bahan besi yang dibentuk selari dengan tempat letak lengan.
iii. Terdapat besi palang pada kaki kerusi untuk menambahkan kekukuhan, ketahanan dan kestabilan.
iv.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment