Monday, July 19, 2010

IMPRESSIONISME

Imperssionisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya beberapa orang seniman di Paris pada sekitaran tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu badan atau ‘school’ yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di tumpukan kepada ‘menangkap kesan-kesan cahaya’ untuk diterjemahkan di atas kanvas. Ciri-ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya mereka sebagai satu stail.

Impressionis ingin merakam perubahan cahaya yang turut membawa kesan kepada perubahan objek. Cahaya yang sentiasa berubah menyebabkan mereka tidak boleh menggambarkan sesuatu yang tetap. Mereka Cuma boleh menampakkan satu kesan (impressi) dari cahaya yang lembut. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna, meneliti dan mencuba serta memahami teori ‘warna adalah cahaya dan cahaya adalah warna’.

Impressionis ingin merakam impressi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Karya-karya mereka tidak mengandungi unsur komentar sosial, kiasan, pendidikan moral ataupun drama emosi. Subjek mereka adalah warna dan cahaya. Mereka mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satu-satu masa dan suasana, serta bagaimana cahaya mengubah permukaan dan ruang. Impressionis juga menentang ide Romantis bahawa seni meluahkan perasaan. Seni foto dan seni cetak potongan kaya Jepun (Ukiyo-e) adalah antara pengaruh-pengaruh luar yang wujdu dalam impressionisme

Contoh
1. Edouart Manet ‘The Bar at the Folies-Bergere’ (1882)
2. Claude Monet ‘Impression Sunrise’(1872)
3. Camille Pissaro ‘Place du Theatre Francais’(1895)
4. Pierre Auguste Renoir ‘La Moulin de la Gallete’ (1876)

Rujukan
1. Hunter, Sam and Jacoubus, John, ModernArtNew York : Harry N. Abrams, 1986
2. Muliyadi Mahamood. Keindahan Alam Dari Kacamata Impressionis. Dalam Utusan
Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Melayu (M) Bhd., 29 Januari 1986
3. Pool, Phoebe. Impressionisme. London: Thames and Hudson, 1967


POST-IMPRESSIONISME
Tidak seperti Kubisme, Futurisme ataupun Surrealisme, Post-Impressionisme bukanlah sebuah kumpulan yng terancang. Ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir abd ke-19. Mereka dipengaruhi oleh Impressionisme, tetapi kemudiannya merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad. Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsip-prinsip tersendiri.

Antaranya:
1.Minat terhadap kekukuhan bentuk, sebagaimana yang terdapat dalam karya-karya
Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada abad ke-20
seperti Kubisme, De Stijil dan Seni Abstrak.
2.Minat untuk menggunakan warna, garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik
seperti dalam karya-karya Van Gogh dan Gauguin. Ini mempengaruhi Ekspressionisme
dan Surrealisme.

Istilah Post-Impressionisme telah diberi oleh pelukis dan pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada 1910. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne, Gauguin, Van Gogh, Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di balai Seni London. Beliau menamakan pameran tersebut Post-Impressionisme. Selain bermaksud pelukis-pelukis yang datan selepas Impressionisme, Fry dalam catalog pameran tersebut menjelaskan yang Post-Impressionis adalah “pelukis yang tidak meniru bentuk, tetapi mencipta bentuk; tidak meniru sesuatu yang hidup, tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logik dan bernas, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-benda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita”. Clive bell, seorang pengkritik seni dan rakan rapan Fry dalam catalog yang sama menyebut, “Post-Impressionis memudahkan, menolak ‘detail’, jelasnya, mereka menekankan kepda sesuatu perkara yang lebih penting kepada seni abad ke-20 ini”

Pelukis-Pelukis Post-Impressionisme
Paul Cezanne
Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada tiga kategori asas geometric iaitu kun, selinder dan sepiar. Bentuk amat penting dalam karya-karyanya. Subjek-subjeknya seperti alam benda, lanskap Aix-en-Provence dan figura manusia.

Contoh karya
1. ‘Self-Portrait’(1879)
2. ‘Mont. St. Victoie’(1886-88)
3. ‘Still Life With Apples and Oranges’(1895-1990)

Georges Seurat
Seurat menghasilkan karya dengan mengkaji teori-teori warna secara saintifik. Beliau menggunakan sapuan-sapuan berus yang halus seperti titik-titik warna yang ditindan-tindankan serta diatur sebelah menyebelah. Gaya ini juga dikenali sebagi Neo-Impressiosme, Divisionisme atau Pointilisme.

Contoh karya
1.‘Bathers’ (1884-85)
2.‘Sunday Afternoon on the Islan of La Grands Jatte’ (1884-86)

Pau Gauguin
Paul Gauguin terpengaruh dengan Seni Oriental dan Seni Primitif. Bentuk-bentuk dalam karyanya bersifat papar dengan penggunaan warna yang agak dekoratif bertujuan menyalurkan emosi.

Contoh Karya
1.‘Vision After the Sermon’ (1888)
2.‘The spirit of the Dead Watchng’ (1892)

Van Gogh
Seperti Gauguin, beliau ingin meluahkan emosi menerusi seni lukis. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna yang simbolik seta kaedah sapuan berus yang tertentu.

Contoh Karya
1.‘Self-Portrait’ (1889)
2.‘The Potato Eaters’ (1885)
3.‘The Starry Night’ (1889)

Henri de Toulouse-Lautrec
Subjek-subjek karyanya seperti suasana kelab malam, teater, café, restaurant dan rumah pelacuran. Garis luaran memainkan peranan pentin dalam membentuk figuranya di samping warna yang rata. Ciri-ciri kartun dan karikatur jelas kelihatan dalam karya-karyanya.

Contoh Karya
1.‘At the Moulin Rouge’ (1892)

Edvard Munch
Seorang pelukis berbangsa Norway, ciri-ciri ketegangan, ketakutan dan hysteria diadunnya dalam karya-karya yang berkaitan dengan seks, kematian dan kesunyian. Beliau terpengaruh dengan karya-karya Van Gogh, Gauguin dan Lautrec. Warna digunakannya untuk meluahkan perasaan dan stailnya itu kemudiannya mempengaruhi pelukis-pelukis Ekspressionis Jerman abad ke-20

Contoh Karya
1.‘The Scream’ (1893)

Rujukan
1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Muliyadi Mahamood. Post-Impressionisa : Imej Bergambar Yang Memaparkan Inti Kehidupan. Dalam Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Malayu (M) Bhd., 21 Julai
3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.


Fauvisme

Fauvisme merupakan aliran estetik dalam catan yang pertama pada abad ke 20, yang didasarkan kepada penilaian terperinci terhadap ‘pure color’ (warna asli yang tidak bercampur). Fauvisme ditubuhkan di Paris pada 1905. Istilah Fauvisme dicipta oleh pengkritik seni, Louis Vauxcelles di pameran dalam Salon d’ automne (1905)

Di antara ciri-ciri utama karya Fauvisme ialah penggunaan warna tanpa batasan. Kepadatan warna juga dapat dihayati. ‘Pure Color’ digunakan sewenang-wenangnya untuk kesan emosi dan dekoratif, kadang-kadang seperti Cezanne menggunakannya untuk mengolh ruang. Pengaruh-pengaruh stail Van Gogh, Gauguin, Neo-Impressionisme dan Cezanne dapat dikesan dalam Fauvisme. Subjek karya-karya Fauvisme termasuklah lanskap, figura maunsia, pemandangan dalaman dan alam benda. Fauvisme mencapai kemuncaknya di Salon d’automne (1905) dan di Salon des Independants (1906). Ia seolah-olah menjadi satu aliran sementara sebelum pelukis-pelukis itu mengikuti aliran-aliran lain. Di antara pelukis-pelukis Fauvisme ialah Henry Matisee, Andre Derain, Raoul Dufy, Georges Rouault dan Maurice de Vlaminck.
Contoh
1.Henyr Matisse. ‘Joy of Life’ (1905-06)
2.Andre Derain ‘London Bridge’ (1906)
3.Raoul Dufy ‘Flag-decked Boat’ (1904)
4.Georges Rouault ‘The Old King’ (1916-36)
5.Vlaminck ‘Rat Mort’ (1906)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.
3.Tansy, R. G, and de la Croix, H. Art Through the Ages. Harcourt Brace Jovanovich, Publishers, 1986.


Ekspressionisme

Ekspressionesme berpusat di Jerman. Selain dari seni lukis, aliran ini turut mempengaruhi sastera, drama, muzik dan seni bina. Ekspressionisme mencapai kemuncak pada sekitaran tahun 1990-1920. Meskipun ia berpusat di Jerman, seniman-seniman dari beberapa negara Timur dan Eropah Tengah termasuk Russia bertumpu ke Bandar-bandar Jerman seperti Berlin, Munich, Dresden dan Cologne. Ini merupakan kelahiran bandar-bandar seni yang baru di Eropah, selepas Rom, Florence dan Paris

Pada asalnya, Ekspressionisme bukanlah satu pergerakan seni. Ia lebih mencirikan kepada fakta asas kewujudan metafizika. Ekspressionis mewakili unsur-unsur mistik, persoalan diri, penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap infiniti yang seingkali diekspressikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi yang kuat mahupun imaginatif.
Seperti stail aliran yang lain, Ekspressionisme menandakan satu lagi pembaharuan dalam bidang akademik seni. Impressionis mengkaji cahaya, warna dan bayang sementara Post-Impressionis mempunyai kepelbagaiannya. Cezanne memecahkan bentuk alam kepada elemen-elemen geometric kun, selinder dan sfera, Seurat mengkaji teori wran yang saintifk sementara Gauguin pula terpikat dengan Seni Oriental. Pendekatan Post-Impressionis seperti Gauguin, Van Gogh dan Edvard Much memainkan peranan besar dalam kelahiran Ekspressionisme.
Seniman-seniman Ekspressionisme memberikan satu day gerak yang kuat dan segar, bebas dari Realisme dan Impressionisme. Meskipun masih bertalian dengan dunia objektif, melalui unsur-unsur deformasi, pengayaan, kontras warna dan kesedaran emosi ‘seni primitif’ pelukis-pelukis Ekpressionis melahirkan dunia dalam mereka dalam stail, idiom dan imej yang tersendiri. Dua cabang Ekspressionisme ialah Die Brucke (The Bridge dan Der Balue Reiter (The Blue Rider).

Die Brucke (The Bridge)
Ditubuhkan di Dresden pada 1905, karya-karya mereka merakamkan emosi manusia yang keras dan hebat. Karya mereka terbentuk dengan gabungan warna yang cerah, garisan ekspresif, bentuk dipermuda serta figura yang digayakan.

Contoh’
1.Emile Nolde ‘The Last Supper’ (1909)
2.Kirchner ‘Street’ (1907)
3.Erich Heckel ‘Two Men at a Table’ (1912)
Der Blaue Reiter (The Blue Rider)
Ditubuhkan di Munich pada 1911. Karya-karya mereka lebih bersifat imaginatif, tidak sekeras ‘The Bridge’.

Contoh
1.Franc Marc ‘Deer in the Wood’ (1913
2.Wassily Kandinsky ‘Improvisation’ (1912)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.
3.Tansy, R. G, and de la Croix, H. Art Through the Ages. Harcourt Brace Jovanovich, Publishers, 1986.


Kubisme

Kubisme merupakan aliran seni lukis yang lahir selepas Fauvisme dan dianggap sebagai salah satu aliran terpenting abad ke-20. Ia juga disebut sebagai satu stail kepada satu revolusi estetik dan teknik dalam seni lukis. Prinsip Kubisme berbeza dari Fauvisme dan Seni Ekspressionistik.
Kubisme dianggap sebagai ibu kepada semua sni lukis abstrak dan bermula dengan usaha Picasso
(1881-1973) dan Braque (1882-1963) untuk menggantikan kesan visual Impressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warn yang berkonsep intelektual, walaupun pada zamannya ia dianggap ganjil dan absurd.
Karya-karya akhir Cezanne dianggap sebagai titik tolak ke arah kelahiran Kubisme di mana wujud penerokaan yang lebih mendalam terhadap kesatuan permukaan gambar dua dimensi, analisis terhadap bentuk dan perhubungannya, sehingga wujud penelitian terhadap keseluruhan struktur objek dan kedudukannya di dalam ruang secara praktikal. Merekamenyatukan berbagai-bagai sudut pandangan objek ke dalam sebuah karya. Selain dari karya-karya Cezanne, seni arca Afrika juga menjadi sumber utama Kubisme. Bentuk geometric, kombinasi bentuk lengkung dan lurus memberikan arca-arca ini struktur dan tenaga yang memikat Picasso dan Braque. Menurut mereka pengarca Afrika berkarya dengan bentuk dan rupa yang bebas daripada wujud sebagai realiti tampak.
Kubisme memecahkan konsep di antara satu dengan yang lain, misalnya :
i.Konsep cahaya dan bayang
ii.Konsep permukaan atau latar gambar dan unsure ketinggian atau sudut pandangan yang berbagai.
iii.Pengamatan terhadap kawasan-kawasan yang terlindung bersifat sebaliknya.

Kubisme bergabung dalam satu objektf yang bersifat matematik, mekanikal kejenteraan (machienary), sehingga Leger menegaskan Kubisme sebagai seni Zaman jentera (art of the machine age). Aliran yang diasaskan oleh Picasso dan Braque, turut dianggotai oleh Gris, Leger, Villon, Metzinger, Rivera dan lain-lain. Nama Kubisme lahir dari kritikan Lousi Vauxcelles dalam ulasannya terhadap pameran Brague, dalam akhbar Gil Blas (14 November 1908), yang membicarakan tentang, cubes dan kemudiannya ‘Bizarreries Cubiques’.

Empat peringkat Kubisme adalah :
1.Proto-Kubisme (1902-08)
Picasso dan Braque terpengaruh dengan stail Cezanne, Matisse dan Seni Afrika. Bentuk kan.semulajadi dipermudah
2.Analitik Kubisme(1908-11)
Bentuk-bentuk semulajadi dipecah-pecahkan kepada satah-satah geometrik. Sudut pandangan yang pelbagai dipersembahkan dalam sebuah catan. Warna lebih bersifat monochromatic.
3.Kolaj (1910-12)
Alam benda menjadi subjek utama. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratan-keratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas dan panel.
4.Synthetic Kubisme (1912-30)
Objek-objek yang dikenali kembali wujud dalam catan dengan warna-warna yang cerah.


Contoh
1.Picasso ‘Ambrose Vollard’ (1910-11)
‘The Accodianist’ (1911)
‘Les Demoiselles d’avignon’ (1907)
2.Georges Braque ‘The Portuguese’ (1911)
‘ The Table (1928)
3.Juan Gris ‘Bottle of Banyuls’ (1914)
4.Fernand Leger ‘The City’ (1919)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Murray, Peter and Linda. A Dictionary of Art and Artists. Penguin Books, 1977.
3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.
4.Unit 7-Cubism. The Open University press, 1976.


Contructivisme

Constructivisme adalah pergerakan abstrak dalam seni arca yang diasaskan oleh pengarca adik-beradik Antoine Pevsner dan Naum Pevsner (Naum Gabo), pada 1917 di Russia. Constructivisme wujud daripada ‘Construct in Art’.
Pada 1920, Manifesto Constructivisme ‘Realist Manifesto’ diperkenalkan. Ia berkisar kepada perkembangan bersifat sosiologi yang bertentangan dengan pegangan Vladimir Tatlin. Tatlin menyebut bahawa seni mestilah berfungsi kepada kehendak-kehendak dan berfaedah kepada masyrakat. Sementara dari sudut estetik pula arca merupakan satu isi padu yang static dalam ruang. Pada 1920 itu, pameran Constructivist yang terbesar dengan ‘Realistic Manifesto’nya diaadakan. Ia memperjelaskan idea Archipenk dan Boccioni yang hanya menekankan kepada ruang, bukan isi padu sebagai ciri utama dalam seni arca.
Menjelang 1921, pergerakan ini mati di Rusia kerana sebab-sebab politik. Pelukis-pelukisnya beralih kepada rekabentuk perabut, dekorasi pentas, percetakan buku dan apa saja jenis catan dan arca. Pada 1922-23, Antoine dan Naum Gabo meninggalkan Russia dan memperkenalkan pengaruh-pengaruh ini di Barat.
Seniman Constructivisme memperkenalkan satu bentuk seni baru yag dapat meneroka bentuk serta nilai-nilai estetik dalam ruang. Idea mereka mempunyai pengaruh seni bina dan dekorasi. Manifestasi mereka mengandungi arca-arca abstrak yang menggunakan bahan-bahan moden dan ‘non-tradisi’ seperti aluminium, perspek, kaca lutsinar dan plastic, di samping kaedah dan teknik industry seperti kimpalan(welding). Penggunaan bahan serta kaedah ini mampu menyalurkan ideologi moden, lebih bersifat intelek daripada keseronokan semata-mata.

Contoh
1.Naum Gabo ‘Linear Construction, Variation’ (1942-43)
2.Antoine Pevsner ‘Construction in the Egg’ (1948)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.
3.Phaidon Encyclopedia of Art and Artist Phaidon, 1978.


Dada, Dadaisme

Dadaime adalah sebuah pergerakan seni tampak dan sastera di Eropah yang lahir sebagai satu revolusi ganas terhadap kepuasan diri. Dalam aliran ini; pengutamaan terhadap nilai-nilai artistic telah diabaikan dan ia bersifat ‘anti-art’.
Pergerakan yang agak ekstrim ini memasukkan unsur-unsur jenaka yang kasar berserta nilai-nilai perangsangan dan pengejutan dalam usaha melibat reaksi masyarakat yng berpegang kepada nilai-nilai tradisi. Dadaisme lahir dari rasa untuk membebaskan diri daripada angan-angan. Mereka sedar bebas beranggapan, menyindir serta bertindak dalam suasana kekacauan penentangan terhadap pemerintah. Pusat aktivitinya di Cabaret Voltaire, Zurich.
Aliran yang bermula di Zurich pada 1915 itu kemudiannya merebak ke New York, Cologne, Paris dan negara-negara Eropah. Mereka juga membantah Peperangan Dunia Pertama dan masyarakat yang mencetuskannya. Mereka juga melahirkan seni tak bermakna untuk menunjukkan kekosongan hidup masyarakat moden. Tristan Tzara telah memperkenalkan isitlah DADA yang bermaksud HOBBY HORSE dalam Bahasa Perancis –‘an infantile sound’, yang diperoleh melalui tekanan pen secara sebarangan ke atas muka surat kamus.
Di awla kelahirannya, Dada tidak mendukung apa-apa stail artistic atau estetik yang tertentu. Kaedah dan manifestonya lebih ke arah Futurisme, walaupun kurang dengan prinsip-prinsip mekanik. Pada 1915, Marcel Duchamp memperkenalkan prinsip-prinsip Dada melalui pamerannya di New York dengan objek-objek yang di sebut ‘ready-mades as works of Art’. Pada 1919, Manifesto Dada dibentuk di Hannover. Selepas perang, pengaruh Dada menular ke Jerman menerusi pelukis-pelukis seperti Ernst, Grosz Schwitters.
Kekecohan dan krisis sosial menjadi gelanggang terbaik untuk aktiviti Dada bergerak. Prinsip-prinsip Dada diperbaiki menjadi asas-asas dalam mendukung kelahiran Surrealisme. Dada tidak mati di situ shaja, Neo-Dada Art lahir di New York di akhir-akhir 1950 an dan 1960 an dengan karya-karya berbentuk assemblage.
Contoh
1.Jean Arp ‘Mountain Table Anchors Navel’ (1925)
2.Max Ernst ‘The Elephant of the Gelebes’ (1921).
3.Marcel Duchamp ‘Bottle Rack’ (1914), ‘L.H.O.O.Q’ (1919)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Murray, Linda and Peter, A Dictionary of art and Artist, Penguin Books. 1977
3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.


Surrealisme

Surrealisme adalah satu pergerakan pelukis dan penyair yang lahir berdasarkan nilai-nilai Dadaisme, yang mencapai kemutlakan atau kenyataan yang lebih (super-reality) dengan menggunakan unsur-unsur pengalaman alam mimpi dan bawah sedar dalam berkarya. Sebagaimana Andre Breton, pengasas Surrealisme ada menyebut,
“Untuk menghidangkan pengalaman-pengalaman alam mimpi dan realiti ke arah kebenaran dan kenyataan yang lebih (super-reality)”(Osborne, Harold. 1979:115)
Pada peringkat awalnya, Surrealisme lebih menitikberatkan aktiviti-aktiviti penyair sahaja. Namun, di antara 1924 hingga 1928, beberapa orang pelukis menunjukkan keupayaan menyalurkan serta menjelmakan prinsip-prinsip Surrealisme melalui seni lukis. Ia berkembang pesat sebagai pergerakan estetik yang controversial di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kini, Surrealisme lebih dikenali menerusi karya-karya pelukis, bukan penyair.

Surrealisme terbentuk pada 1924. Andre Breton, seorang penyair Perancis telah menerbitkan MANIFESTE DU SURREALISME; Manifesto Pertama yang memperjelaskan skop pergerakan itu. Breton menganggap Surrealis sebagai ‘Pure Psyhic Automatism’, iaitu satu ekspressi secara pertuturan, tulisan dan cara-cara lain, sebagai proses berfikir yang sebenar.

Seperti Dadaist, pemimpin Surrealisme berjuang dengan konsep ‘artistic Freethinking’ (pemikiran bebas yang artistik, bebas dari ikatan moral dan agama). Surrealisme berkembang dengan dua cara:
1.Fantasi sebenar
2.Satu perakaman terhadap alam bawah sedar.

Andre Breton menyebut,
“ Surrealisme menekankan soal psikik atau yang berkaitan .dengan kerohanian yang disampaikan samaada dengan pertuturan, penulisan atau apa juga cara dan aktiviti, sebagai satu pemikiran yang bebas dari sebarang kawalan estetik atau moral. Surrealisme meletakkan kepercayaan dalam bentuk-bentuk kenyataan reality yang tinggi dalam nilai alam bawah sedar yang hebat serta minat seimbang dalam pemikiran “. (Ibid, 115).

Karya-karya surrealis merupakan pendekatan baru terhadap karya-karya yang punya aspek-aspek fantastic dan grotes (ganjil, pelik, absurd), seperti karya-karya Bosch, Gayo dan Piranesi. Di antara pelukis-pelukis awal surrealism ialah Redon, Chirico dan Chagali. Ciri-ciri estetik Surrealis dibentuk oleh penyair-penyair Perancis seperti Andre Breton, Paul Eluard dan Paul Recerdy.
Teori Freud tentang nilai-nilai bawah sedar dikaji sebagai satu cara pengawalan atau alasan dalam berkarya. Mengikut Freud, terdapat satu aspek dalam manusia yang bertugas secara non-rasional yang disebut bawah-sedar (subconciou) dan kepentingannya sama dengan keadaan rasional. Lantas Surrealis membina unsure estetika berdasarkan aspek ini. Secara sedar, mereka menghasilkan unsure bawah sedar, iaitu menguasai aspek rasional dan dapat memberikan peranan bebas kepada unsur bawah sedar.

Contoh
1.Max Ernst ‘Two Children Are Threatened by a Nightingale’ (1924).
2.Joan Miro ‘Harlequin’s Carnival’ (1925).
3.Salvador Dali ‘The Persistence of Memory’ (1931)
4.Rene Magritte ‘The Human Condition’ (1934).
5.Alberto Giacometti ‘The Invisible object’ (1934).

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Abstrak-Ekspressionisme

Aliran ini bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 1940an dan ia dianggap sebagai stail catan Peperangan Dunia Kedua menyebabkan ramai pelukis-pelukis Eropah berhijrah ke Amerika dan ini menyebabkan pusat seni Barat bertukar ke Amerika Syarikat.
Abstrak Ekspressionisme merupakan aliran seni abstrak non-geometrik yang bermula di New York selepasa Peperangan Dunia Kedua. Ia kemudianny menjadi ekspresi internasional. Karya-karya Abstrak Ekspressionisme dianggap sebgai catan non-figuratif, anti-formal, pengucapan tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat meransang penglihatan daripada memperkenalkan imej-imej biasa yang menarik. Abstrak Ekspressionme juga disebut ‘New York School’ atau ‘Action Painting’
Akar-umbi Abstrak Ekspressionisme dapat dirujuk kepada karya-karya Kandinsky (1910-1914) dan berkembang menerusi karya-karya pelukis Amerika seperti Arshile Gorky (1904-1948), Jackson Pollock, Hans Hofmann, Willem de Kooning dan Gottlieb (Kumpulan pelukis-pelukis di New York). Karya-karya mereka dianggap bersifat baru. Aliran ini juga dihubungkan dengan Tachisme di Eropah (akhir 1950an dan 60an). Penyokong kuat Abstrak Ekspressionisme ialah pengkritik seni Clement Greenberg yang menyebut bahwa masa depan seni Barat bergantung kepada aliran ini (1948).
Pada akhri 1950an, Abstrak Ekspressionisme menjadi agak longgar dengan kelahiran aliran-aliran seni yang baru seperti Abstract Impressionisme, Neo-Dada dan pengembalian kepada Imej bergambar pada awal dekad enam puluhan.
Kaeda h berkarya Abstrak Ekspressionisme bertentangan dengan cara-cara karya tradisi. Ia melihatkan nilai-nilai agresif, kespontanan serta kebebasan ekspresi. Ia telah bersifat keindividuan, bagaikan aktiviti untuk meluah dan menyelesaikan dilemma dalam diri terhadap perkembangan semasa yang kompleks, yang berkaitan dengan kebudayaan dan peradaban. Mereka memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti fizikal, iaitu keseluruhan aspek ke atas catan, serta penglibatan terhadap pergerakan tangan (gestural) dan pemikiran dan sapuan-sapuan berus kasar, spontan dank eras. Selain berus, mereka juga menggunakan kayu, sabut dan lain-lain. Walaupun dianggap bersifat eksperimentasi, dan kurang perhubungan dengan stail tertentu, ia dianggap membawa unsur estetik dan cara pengamatan yang baru. Pollock misalnya, berkarya tanpa lakaran awal, mengembangkan karya dengan “Improvisatory Acts”; menaburkan cat-cat enamel di ats kanvas.

Contoh
1.Jackson Pollock ‘Lucifer’ (1947)
2.Arshile Gorky “Golden Brown Painting” (1947)
3.Willem de Kooning ‘Women I’ (1950-52)
4.Hns Hofmann ‘The Gate’ (1960)
5.Franz Kline “Mahoning’ (1956)
6.Clyford Still ‘Painting’ (1951)
7. Mark Rothko ‘Earth and Green’ (1955)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.


Pop Art

Pop Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersil dan materialistic. Kalau sebelumnya terdapat tanggapan yang membezakan ‘seni gunaan’, ‘seni dagangan’ dengan ‘seni tulen’ yang dipamerkan di galeri, Pop Art memihak kepada seni yang dianggap rendah. Lantas lahirlah karya seni berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Pop Art bukan berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Pop Art berdasarkan idea klasik atau agama, sejarah atau keindahan alam, tetapi sesuatu yang biasa dalam kehidupan masyarakat sekarang. Misalnya imajan-imajan tin sup, botol, keratan komik yang diperbesarkan, barang makanan, pakaian potret bintang filem. Aliran yang bermula di England pada pertengahan 1950an itu menular ke Amerika Syarikat dan berkembang pesat dalam dekad enam puluhan.
Pop Art merangkumi kepentingan sekeliling serta keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan. Ia mencerminkan keadaan sekeliling pengguna dan kawasanny. Jurucakap pergerakan, David Sylvester memetik huraian Roy Lichtenstein bahawa Pop Art adalah unsur-unsur dalam budaya, sesuatu yang kita benci, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kita (Osborne, Harold. 1979;894).
Istilah Pop Art telah dicipta oleh pengkritik Inggeris Lawrence Alloway untuk satu pergerakan atau kumpulan yang menggelar diri mereka independenc Group (1954-1955 (English Pop Art). Di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di New York sekitar 1959 dan berkembang ke seluruh Amerika dan Eropah, Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis PopArt pertama di Amerika. Di Amerika juga, Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme bila ia menggunakan imej bergambar serta teknik-teknik ‘hard-edged’ dan fotografi. Ini disebut sebagi kembali kepada imej bergambar.
Pop Art juga dianggap sebagai Neo-Dadaists bila menggunakan subjek-subjek biasa seperti komik, tin sup, penanda lebuhraya yang mana punya persamaan dengan karya-karya Marcel Duchmp (Ready-mades as works or art 1915-1920-keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan).
Diantara pelukis-pelukis Pop Art Amerika ialah Jasper Johns, Robert Rauschenberg, Andy Warhol Roy Lichtenstein dan Tom Wesselmann. Sementara pelukis Pop Art British seperti Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blakd dan Allen Jones.
Pelbagai kaedah berkarya telah diambil oleh para pelukis Pop Art. Jasper Johns menghasilkan catan dengan imej bendera, arca daripada tin-tin bird an mentol lampu. Robert Rauschenberg mengunakan kolaj serta gabungan dengan botol-botol coke, gambar-gambar dari akhbar dan majalah. Pelukis Pop juga memasukkan teknik-teknik konvensional yang lebih diminati dari teknik-teknik catan Jasper John dan Rauschenberg. Misalnya Andy Warhol menggunakan sutera saring terhadap imej-imej tin sup, kerusi elektrik, potret Marilyn Monroe serta bunga-bunga. Roy Lichtenstein menggunakan petikan-petikan dari komik, sementara Tom Wesselmann terkenal dengan karya-karya alam benda serta ‘Great American Nudes’. James Rosenquist, Robert Indiana, Jim Dine dan Larry Rivers menyatukan subjek biasa dengan teknik-teknik catan.
Pengarca Pop Art seperti Claes Oldenburg menggunakan subjek seperti kun ais krim dan Hamburger. Georges Segal juga tergolong sebagai pengarca Pop Art.

Contoh
1.Jasper Johns ‘Target With Four Faces’ (1955)
2.Larry River ‘Europe II’ (1956)
3.Andy Warhol ‘Marilyn Monroe’ (1962)
4.Roy Lichtenstein ‘Balm’ (1962)
5.Robert Rausehenberg ‘Trapeze’ (1964)
6.James Rosenquest ‘FO111’ (1965)
7.Claes Oldenburg ‘Model (Ghost) Typewriter’ (1963)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.


Op Art

Op Art adalah stail seni abstrak abad ke-20 yang cuba menggambarkan pergerakan ilusi dengan menggunakan kesan-kesan penglihatan. Op Art ialah singkatan Optical Art. Pengetahuan dalam bidang sains, falsafah psikologi memainkan peranan penting dalam membentuk aliran ini.
Op Art yang lahir dan berkembang di Amerika sekitaran 1960an itu juga dianggap sebagai reaksi kepada ‘action painting’. Pameran yang mempopularkan aliran ini ialah ‘The Responsive Eye’, anjuran William G. Seitz di Muzium of Modern Art, New York (1965). Pelukis terkenal Op Art ialah Victor Vasrely.
Pada prinsipnya, pelukis-pelukis Op berpegang kepada ciri-ciri sains serta merujuk kepada kerja-kerja para saintis dalam bidang psikologi persepsi. Mereka turut merujuk para psikologis dan pensejarah seni seperti Rudolf Arnheim dengan bukunya ‘Art’ and Visual Perception : A Psychology of the Creative Eye’ (1954). Pengkajian terhadap sifat subjek yang mempunyai pertalian dengan kimia warna, matematik, penglihatan dan tenaga (Optic dan Kinetic), tenunan dan catan-catan ‘Hard-edged’.
Op Art juga mementingkan interaksi ilusi, satah-satah gambar, kefahaman dan penglihatan yang melibatkan pergerakan mata ke atas permukaan gambar. Penglihatan ini terlibat dengan corak-corak bentuk kecil atau garisan yang banyak.
Misalnya corak-corak Vasarely dan Bridget Riley sebenarnya static, tapi kelihatan bergerak. Ia memberi kesan penglihatan yang mendorong penonton melihat ilusi tampak. Lapisan perspek berwarna cerah oleh Eric Olsen dan Francisco Sobrino membentuk ilusi dalam ruang dan kedalaman. Karya-karya Gunther Uecker dan Sue Fuller dengan komposisi-komposisi tali mempunyai persamaan dengan arca Constructivist Gabo yang membentuk kesan optical dengan cahaya dan bayang di antara permukaan-permukaan yang kompleks.
Op Art Berjaya di seni teknik. Kesan-kesan tersebut bergantung kepada kontras di antara rupa-rupa yang mudah serta kesan pengamatan ganjil yang mereka bentuk.

Contoh
1.Bridget Riley ‘Canto II’ (1967)
2.Yaacov Agam ‘Double Metamorphosis II’(1964)
3.Victor Vasarely ‘Orion Mc’ (1963)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985
2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

No comments:

Post a Comment