Monday, September 12, 2011

ARCA

Pengenalan
1. Arca merupakan karya seni berbentuk tiga dimensi yang mempunyai isipadu (jisim).2. Arca merupakan karya seni tiga dimensi yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai.

Jenis-Jenis Arca

1. Arca Estetika
a. Diletakkan di dalam galeri,muzium,taman,ditempat awam
b. Mempunyai mesej yang hendak disampaikan
c. Dihasilkan semata-mata untuk dilihat dan dihayati kecantikan dan keindahannya semata-mata.

2. Arca Berfungsi
a. Penghasilannya mempunyai fungsi dan kegunaanya.
b. Hasil 3D yang digunakan ada tujuan dan maksud tersendiri
c. Contoh – labu sayong – mengisi air
- Keris – senjata/upacara ritual
- Batu nesan – kubur
- Tugu negara - peringatan


Teknik Penghasilan Arca

a. Arca luakan
- Proses pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu sehingga bentuk
yang dikehendaki terhasil menggunakan pahat, kapak, gergaji dan alat pengukir.- Bahan yang diguanakn ialah bongkahan kayu, plaster of paris, tanag liat dan batu
b. Arca binaan
- Proses penambahan sehingga terbentuk hasil yang dikehendaki seperti ysng dirancang
dan dibina secara sistematik.- Bahan utama dalam proses pembinaan ialah simen, batu bata, kepingan logam dan kayu
c. Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu
dsb untuk membentuk sesuatu yang menarik
d. Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen,
tanah liat dsb ke dalam acuan
e. Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat
yang biasa diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f. Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia
dibuat daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g. Arca dinding/Relif – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan
hiasan dinding, meja atau digantung pada siling
h. Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas

No comments:

Post a Comment

Post a Comment