Monday, October 12, 2009

SENI VISUAL 2005

Soalan STPM 2005

Bahagian A

1. Huraikan pengertian seni mengikut aliran tradisi dari aspek
a. Nilai (2)
b. Makna (2)
c. Fungsi (2)

2. Huraikan peranan boneka wayang kulit sebagai satu media pengucapan seni dari aspek
a. Sintaktik (2)
b. Semantik (2)
c. gaya penampilan (2)

4. Pengulangan merupakan satu ciri penting dalam seni tradisi. Jelaskan kepentingan pengulangan dari aspek
a. Proses (3)
b. Bahan (3)
c. Simbol (3)

6. Gambar 1 halaman 7 ialah gambar foto hasil karya Nik Zainal Abidin yang bertajuk ”Maharaja Boma” Jelaskan penampilan karya tersebut dari aspek

a. hal benda (4)

b. teknik (4)

c. mesej (4)

7. Pengkritik memerlukan kefahaman tentang bahasa seni visual sebagai asas untuk membuat kritikan seni, jelaskan pernyataan ini

8. Penuang seni ialah suatu unsur penyumbang kepada perkembangan seni di sesebuah negara Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk kepada lima institusi dan organisasi seni yang terdapat di Malaysia

9. a. Jelaskan 2 bentuk gaya penampilan yang biasa terdapat pada sesuatu catan
b. Bincangkan mengapa bentuk gaya penampilan diwujudkan

10. a. Huraikan mengapa nilai-nilai tradisi begitu penting dalam pengubahan karya seni
b. Sekiranya nilai-nilai tradisi ingin dijadikan asas dalam pengkaryaan semasa, jelaskan ciri-ciri yang perlu diambil kira.

11. Dengan merujuk kepada bidang pengiklanan, bincangkan peranan media elektronik dalam perkembangan komunikasi visual

12. Gambar 2 pada alaman 8 ialah gambar foto hasil karya Long Thien Shih yang bertajuk ”Roh-Roh Yang Tertawakan Kita”

a. Dengan menggunakan strategi dekripsi dan analisis perihalkan karya berikutb. Berikan penilaian anda tentang keberkesanan karya tersebut dalam menyampaikan mesejnya

1 comment: